Friday, 28 March 2014

LAGU HAK ASASI MANUSIA

 NAMUN KU PUNYA HATI







  LIRIK LAGU NAMUN KU PUNYA HATI



Senyumku tak seghairah,
Gerak gaya tidak selincah,

Mataku tak seayu,

Kicau burung pun tak semerdu.
Namun ku punya hati,

Juga gayaku perasaan, 

Hidupku yang sebegini,
Kadar waktu diizin Tuhan.
Tidakku minta,

Lahir ke dunia,

Tidakku duga,
Cacat begini,
Bukanku pinta,
Kasih dan manja,
Bukan ku rayu bantu simpati.
Maafkan wahai teman,

Kumenumpang di sudut dunia,

Mencari ketenangan, 
Sampai masa ku pergi jua



komen terhadap lirik :

1. Bagi saya lirik lagu ni amat menyentuh hati kerana ia berkaitan dengan  luahan hati  insan  kurang upaya  terhadap kehidupan didunia ini dan lirik lagu ni bukanlah untuk menagih  simpati     daripada  insan lain tetapi  sekadar lauhan hati seorang insan yang kurang upaya   dan jarang sekali ada    lirik lagi  yang berkaitan dengan insan kurang upaya.

2. Pertama dapat dilihat lihat terhadap lirik lagu ini ialah, bahawa golongan kurang upaya ini seolah-olah mereka mempunyai perasaan rendah diri dengan kekurangan yang mereka  miliki, namun begitu golongan kurang upaya ini juga mempunya  hati dan juga perasaan seperti manusia normal yang lain dimana mereka juga ingin kehidupan seperti manusia  normal.

3. Berdasarkan lirik lagu ni juga, golongan kurang upaya juga meluahkan bahawa mereka tidak mahu keadaan sebegitu yang lahir dalam keadaan kekurangan. Dan diakhir lirik lagu ini dapat dilihat bahawa golongan ini seolah-olah mempunyai satu perasaan redha dengan  apa yang mereka miliki dan hadapi di dunia ini dan apa yang mereka inginkan ialah kehidupan yang tenang didunia yang sementara ini.

4. Secara keseluruhan dapat disimpulkan bahawa setiap insan yang hadir kedunia ini semuanya  mempunyai hak untuk menjalani kehidupaa yang  tenang walaupun insan tersebut  kurang upaya. Disini juga perlu diingatkan bahawa walau bagaimanapun keadaan manusia   itu,  semuanya mempunyai satu hati dan perasaan, oleh itu sebagai manusia, kita  haruslah menjaga perasaan dan hati  insan lain walau bagaimanapun keadanya mereka.


No comments:

Post a Comment