COMANGO DAKWA TUNTUTAN HAK LGBTIQ BUKAN ISU AGAMA
KUALA LUMPUR 19 Feb. - Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia (Comango) berpandangan, isu berkaitan hak golongan lesbian, gay, biseksual, transgender dan interseks serta bukan heteroseksual (LGBTIQ) tidak sepatutnya dibincangkan dari sudut keagamaan.
Sebaliknya, Comango meminta sebarang perbincangan berkaitan tuntutannya agar Malaysia mengiktiraf identifikasi orientasi seks dan gender (SOGI) yang merangkumi hak LGBTIQ, dihadkan dari segi hak asasi manusia sahaja.
Pandangan itu disuarakan jurucakap Comango, Honey Tan Lay Ean apabila diminta mengulas tentang pengharaman amalan LGBTIQ di dalam Islam dengan berlandaskan hukum-hukum yang terkandung di dalam al-Quran pada sidang akhbar di pejabat Dignity International, Petaling Jaya dekat sini hari ini.
"Kita tidak terlibat dalam perbincangan keagamaan, kita berbincang dari segi hak asasi manusia," katanya.
Sidang akhbar itu turut dihadiri Pengasas Knowledge and Rights with Young People through Safer Spaces (KRYSS), Angela M. Kuga Thas; Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Yap Swee Seng; Ahli Lembaga Pengarah Pusat Komunikasi Hak Asasi Manusia (Komas), Jerald Joseph dan Pengarah Eksekutif Tenaganita, Irene Fernandez.
Honey turut mendakwa kenyataan berkaitan tuntutan-tuntutan Comango terutama berhubung hak LGBTIQ dalam proses semakan berkala sejagat (UPR) ke atas Malaysia yang memasuki pusingan kedua melalui Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva, Switzerland pada 24 Oktober lalu telah diputarbelitkan media.
Menurut beliau, dalam laporan tersebut, Comango menolak keganasan terhadap sesiapa sahaja termasuk golongan LGBTIQ dan meminta seksualiti serta identiti gender seseorang tidak dipolitikkan.
"Jadi, itu yang kami katakan tentang hak SOGI. Anda akan mendapati kami tidak berkata apa-apa pun tentang perkahwinan pasangan sejenis, seks songsang.
"Perkara-perkara tersebut tidak dinyatakan dalam laporan kami. Saya berharap penjelasan ini akan menghentikan segala spekulasi tentang laporan Comango," ujarnya.
Penjelasan Honey itu agak mengelirukan kerana pada Perkara 6 laporan berkenaan, Comango mengesyorkan Seksyen 377A Kanun Keseksaan yang mentakrifkan liwat dan seks oral sebagai kesalahan jenayah dimansuhkan.
Comango juga menuntut kerajaan mengkaji semula, meminda dan memansuhkan undang-undang agar selaras dengan Prinsip-prinsip Yogyakarta yang mengiktiraf hak LGBTIQ serta konvensyen-konvensyen PBB yang lain.
Dalam laporan sama, Comango mendakwa situasi di Malaysia menjadi bertambah kompleks apabila isu SOGI dikaitkan dengan agama khususnya Islam.
Sumber Artikel: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140220/dn_08/Comango-dakwa-tuntutan-hak-LGBTIQ-bukan-isu-agama#ixzz2xOVptId6
© Utusan Melayu (M) Bhd
KOMEN TERHADAP ISU DALAM ARTIKEL :
1. Tindakan NGO-NGO hak asasi manusia ( Comango) yang meminta agar Malaysia mengiktiraf identifikasi orientasi seks dan gender (SOGI) yang merangkumi hak LGBTIQ, dihadkan dari segi hak asasi manusia sahaja dan bukanya dari tindakan agama merupakan satu tindakan yang tidak wajar sama sekali.
2. Sebagai sebuah negara islam, setiap tindakan yang hendak dibuat haruslah berpandukan agama dan bukannya berdasarkan hak asasi manusia, hal ini demikian kerana, jika diikut berdasarkan hak asasi manusia, tindakan comango yang meminta malaysia iktiraf berkaitan hak golongan lesbian, gay, biseksual, transgender dan interseks serta bukan heteroseksual (LGBTIQ) merupakan satu perbuatan yang melanggar normal sebagai manusia dan dari segi agama islam pula, semua perkara ini adalah diharamkan.
4. Pihak comango seharusnya tidak sepatut membuat tuntuan ini terutamanya bagi negara beragama islam seperti negara malaysia. Tuntutan ini juga, seolah-olah mencabar agama islam dan pihak comango seharusnya tahu bahawa tindakan mereka untuk mengiktiraf hak LGBTIQ di negara islam merupakan satu tindakan yang tidak wajar dan juga berlawanan dengan normal sebagai manusia, sebagai contoh mereka inginkan hak bagi golongan gay dan lesbian diikitiraf, ini menunjukkan bahawa perbuatan ini diterima sebagai normal manusia sedangkan ini bukanlah satu sifat normal manusia. Sebagai mana kita tahu bahawa setiap benda ada pasangannya ,malam pasangannya siang, matahari pasangannya bulan, panas pasangannya sejuk dan begitu juga manusia dimana kita telah dicipta berpasangan, iaitu lelaki pasangannya perempuan dan tindakan untuk mengiktirafkan hak pasangan gay dan lesbian merupakan satu sifat yang berlawanan dengan hukum alam dan seharusnya ditolak makhluk yang bernama manusia yang dikurniakan akal kerana perbuatan ini diluar normal manusia.
3. Selain itu juga, pihak media juga seharusya tidak memutar belitkan isu tuntutan comango ini dan begitu juga dengan pihak comango mereka seharusnya tidak memutar belitkan isu tentang tuntutan mereka terhadap hak golongan LGBTQ ini.